Friday, October 2, 2009

Tips - Mendapat traffik Blog Secara Konsisten


Sepertimana yang kita semua tahu, pemasaran adalah nadi dalam sesebuah perniagaan. Begitu juga dalam perniagaan internet. Pemasaran memainkan peranan penting dalam membina perniagaan ini. Namun, pemasaran terbahagi kepada dua bahagian, iaitu secara berbayar dan percuma.

Saya pasti kebanyakkan antara kita inginkan sesuatu yang percuma. Tetapi masalah yang dihadapi adalah mengetahui “Apakah cara pemasaran percuma itu?”. Dalam post kali ini, saya akan menerangkan salah satu cara pemasaran yang efektif. Iaitu memaksimumkan penggunaan laman social networking.

Contoh laman social networking yang mempunyai ramai pengguna ialah Myspace dan Facebook. Ramai antara kita sedar bahawa laman social networking ini mempunyai bilangan pengguna berdaftar sehingga mencecah bilion. Tetapi sayangnya kerana kita yang tidak sedar bagaimana untuk mengambil kesempatan melalui laman social networking untuk mempromosikan laman web anda secara percuma.

Tetapi bagaimana untuk mempromosikan laman web perniagaan anda? Berikut adalah 5 cara untuk anda aplikasikan selepas ini terhadap laman Facebook atau Myspace anda (atau mana-mana laman web social networking).

1. Mempromosikan Laman Web Anda Dengan Cara Yang Beretika

Perkara pertama ini adalah perkara yang amat penting sebelum anda membuat keputusan mempromosikan laman web GDI anda. Jangan mempromosikan secara mem**** buta kerana lambat laun anda akan dicop sebagai spammer dan akhirnya segala yang anda usahakan akan musnah begitu sahaja.

Lakukan pemaran yang beretika dengan memberikan informasi kepada rakan-rakan dalam laman social networking anda. Sebagai contoh, berikan informasi yang anda rasa mereka perlu tahu sebelum memulakan perniagaan internet. Dengan memberikan informasi yang percuma, mereka tidak akan merasakan anda sebagai orang yang menggangggu ketenteraman mereka. Pastikan anda memberikan info-info bermanfaat kepada rakan-rakan anda.

2. Pembinaan Profil Dan Kredibiliti

Dengan mengamalkan cara yang pertama, anda secara automatik sedang membina profil dan kredibiliti anda yang tersendiri. Sudah pasti mereka akan merujuk pada anda jika terdapat sebarang persoalan kerana anda telah dianggap pakar dalam bidang perniagaan anda.

Berita baiknya, mereka seperti berjumpa dengan anda secara peribadi. Inilah kelebihan laman social networking dimana rakan-rakan anda boleh menghubungi anda secara terus sama ada melalui mesej ataupun ruangan comment / wall yang disediakan.

3. Pemasaran Untuk Jangka Masa Panjang

Laman social networking juga memberikan traffik yang percuma untuk jangka masa yang panjang dimana anda boleh terus menambah senarai rakan-rakan daripada semasa ke semasa dan memperkenalkan mereka tentang perniagaan anda.

4. Pembinaan Laman Profil Professional

Saya sengaja meletakkan pembinaan profil ini dalam cara yang keempat. Untuk memaksimumkan penggunaan laman social networking dalam menjana traffik percuma, pastikan profil page anda adalah professional dan nampakkan seperti anda seorang yang serius dalam perniagaan anda.

Ini amat penting dalam menggambarkan first impression pada prospek yang bakal melawat laman profil anda. Jadi, anda perlu meletakkan gambar anda secara professional. Elakkan daripada meletakkan aplikasi-aplikasi yang tidak mendatangkan sebarang faedah dalam laman profil anda.

5. Lakukan secara konsisten

Ini adalah cara yang terakhir dan merupakan paling sukar diaplikasikan. Lakukan pemasaran anda secara konsisten. Ingat, perniagaan internet adalah untuk jangka masa panjang. Jadi berikan masa pada diri anda untuk mempromosikan perniagaan ini.

Jika anda mematuhi 5 cara yang saya berikan ini. Saya yakin anda akan memperoleh keputusan yang memuaskan dalam membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Semoga artikel ini dapat membantu anda.

Mari berkongsi laman social networking yang anda gunakan.

Keyword : Tips - Mendapat traffik Blog Secara Konsisten

1 comments: