Thursday, July 30, 2009

50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Secebis motivasi dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

Wednesday, July 29, 2009

Kisah Bahlul

Suatu pagi Bahlul memutuskan untuk menghadap En Bento HRM (Human Resource Manager) dan setelah bersalam maka Bahlul dengan bersemangat menyampaikan maksud hati kepada HRM untuk meminta kenaikan gaji. En Bento kemudian ketawa, di suruh bahlul duduk dan berkata, "Ha ha ha, dengar sini kawan, anda belum bekerja untuk syarikat ini meskipun satu hari..!" Mestilah Bahlul terkejut mendengar kata2 itu lalu En Bento pun berkata;

Bento: “Ada berapa hari dalam setahun?"
Bahlul: "365 hari dan kadang-kadang 366 hari."
Bento: "Betul, sekarang ada berapa jam dalam sehari?"
Bahlul: "24 jam."
Bento: "Berapa jam kamu bekerja dalam sehari?"
Bahlul: "Dari jam 08:00- 5:00, jadi 8 jam sehari."
Bento: "Jadi, berapa bahagian dari hari itu yang kamu gunakan utk bekerja?"
Bahlul: "(mengira dalam hati.....8/24 jam = 1/3)....1 pertiga! "
Bento: "Wah kamu mmg bijak!, Sekarang berapakah 1/3 dari 366 hari?"
Bahlul: "122 (1/3x366 = 122 hari)"
Bento: "Adakah kamu bekerja pada hari Sabtu dan Minggu?"
Bahlul: "Tidak"


Bento: "Jadi, Berapa jumlah hari Sabtu dan Minggu dalam setahun?"
Bahlul: "52 Sabtu ditambah 52 Minggu = 104 hari."
Bento: "Hah…, kalau kamu kurangkan 104 hari dari 122 hari, berapa yang tinggal?"
Bahlul: "18 hari."
Bento: "Hah, syarikat beri Annual leave kpd kamu 12 hari cuti setiap tahun. Sekarang tolak 12 hari dari 18 hari itu berapa hari yang tinggal?"
Bahlul: "6 hari."
Bento: "Di hari Xmas dan Tahun Baru apakah kamu bekerja?"
Bahlul: "Tidak"
Bento: "Jadi sekarang berapa hari yang tinggal?"
Bahlul: "4 hari."
Bento: "Di hari Aidilfitri dan Aidiladha apakah kamu bekerja?"
Bahlul: "Tidak "
Bento: "Jadi sekarang berapa hari yang ada?"
Bahlul: "2 hari."
Bento: "Sekarang cuba kamu kira 2 hari itu ditolak dengan Chinese new year, Depavali, Wesak, Hari Hol, keputraan sultan, maulud nabi, nuzul Quran…
Bahlul: "...???..... ....tak ada baki lagi encik”
Bento: "Jadi sekarang anda mau meminta apa?"
Bahlul: "Saya mengerti , baru sekarang saya sedar bahawa selama ini saya hanya makan gaji buta dan telah mencuri wang syarikat dengan tidak bekerja sedikitpun. Saya minta maaf"

Saturday, July 25, 2009

Perniagaan Internet dan Bank Negara


Salam Perniagaan kepada semua,

Kecoh...!

Satu perkataan yang sesuai dengan isu ini.
Bank Negara Malaysia menyerbu lagi...!

Kini yang menjadi mangsa siasatan adalah
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Info lengkap
boleh dirujuk disini:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1881〈=bm

Mungkinkah anda turut terlibat?
Perhatian! Dimaklumkan syarikat ini
disabitkan dibawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan
Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).


Itulah perbezaannya dengan perniagaan internet
yang sebenar. Perniagaan Internet yang sebenar
langsung tidak terlibat dalam program-program
seperti ini. Perniagaan Internet adalah satu
bentuk perniagaan melalui internet dengan cara
yang sah, tidak menyalahi undang-undang dan
beroperasi melalui internet sahaja. Bila ada ilmu,
ianya sangat mudah sebenarnya.

Kenapa perlu menceburi Perniagaan Internet?

Saya ringkaskan sedikit kelebihan perniagaan Internet:

* Anda memiliki bakal pelanggan yang sangat ramai.
Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 ialah seramai 1,018,057,389 orang!
Sekarang adalah tahun 2009! Wow! Pastinya beratus kali ganda nilainya.

* Modal permulaan yang paling rendah berbanding mana-mana perniagaan lain.
Oh, anda tidak perlukan modal puluhan ribu untuk memulakan Perniagaan Internet.

* Tiada sempadan untuk berniaga. Rakan saya pernah menjual kain batik ke Jepun!

* Kos pemasaran ada yang percuma.

* Mudah untuk dijalankan secara automatik.

* Kos pekerja dan operasi yang amat rendah.
Faktanya: Anda tidak perlukan sampai berpuluh staff semata-mata
untuk memiliki sebuah Perniagaan Internet yang memberikan anda
keuntungan ribuan ringgit sebulan.

--> Risiko rendah! Modal yang rendah! Kos pemasaran yang rendah!
Dan semuanya rendah kecuali UNTUNGNYA SAHAJA YANG TINGGI maka secara
tidak langsung risiko anda untuk gagal juga rendah.

Anda tidak akan rugi beratus-ratus ribu ringgit walaupun anda gagal
dalam perniagaan Internet.
Jadi apa alasan anda lagi untuk tidak mahu mencuba?

Wednesday, July 1, 2009

Di mana Pramugara & pramugari tidur..???

Ngehh2...
aku suke tol la bab2 gelak2 nih...
nk berkongsi x tmpt pramugara dan pramugari tido..???

hehehe...

Gambar2 adalah diantara beberapa contoh tempat tidur untuk pramugari dan pramugara
untuk beberapa syarikat penerbangan antaranya Singapore Airlines, Air Canada dn mcm2 lagi r..




Tapi tahukah anda dimana pramugari AirAsia tidur...
hehehe...tgkla smpai habis...




ssshhhhh...!!!!!Jangan la gelak kuat2...nnt dia terbangun...

Tip Mengelak di tipu di Online

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...
cehhh...mcm nk buat ucapan plak...
arrgghh...xkisah r...

Suka rasanya sy bertanyakan soalan kepada anda...
adakah anda suka atau pernah berurusan tak kira apa saja dgn menggunakan internet ataupun bahasa canggih nya melalui online..??

saya ni bukanlah pakar sgt dlm bidang nih..
tapi sy nk berkongsi sedikit tip yg sy dpt dr otai2 usahawan internet..teruskan membaca kalau berminat...


Ok....hari ini,saya ingin kongsikan sebuah tip
mengenai cara mengelak ditipu di online.

1. Jangan gunakan kad kredit ketika membeli belah secara online, sebaliknya gunakanlah kad debit yang diasingkan daripada
akaun simpanan...dah ada kad debit ke blom..??silalah jwb di dlm hati...

2. Jika anda ingin membeli sesuatu di internet, cubalah menghantar email
atau menghubungi tuan produk tersebut terlebih dahulu.
Jika masa yang diambil terlalu lama (2 minggu ke atas) untuk membalas email
anda, tinggalkan sahaja. Besar kemungkinan, ia adalah SCAMMER...Penipu arrr...

3. Beli dalam kuantiti yang minima. Khusus untuk mereka yang
ingin membeli secara pukal. Beli sikit-sikit terlebih dahulu.
Anda boleh elak daripada membeli barang yang tidak berkualiti

4. Sedikit research dapat membantu. Andai anda ingin membeli
produk di internet, cuba search 'nama produk' 'scam/tipu'
Contoh : sipolan scam

Baca dahulu maklumat yang anda dapat daripada hasil carian tersebut

5. Falsafah ini sentiasa benar. If it is too good to be true,
then it is not true
Maksudnya ialah, 'Jika ianya terlalu bagus untuk menjadi satu kenyataan,
maka,ianya tidak benar'

6. Jangan sekali-kali membalas SMS atau email yang meminta nombor akaun
anda secara tiba-tiba...klu gatal gak nak reply...bagi no tepon balai polis yang terdekat...m

7. Jika 'Maybank2u' atau 'CIMB' atau lain-lain bank menghantar email
kepada anda, lihat dahulu email pengirim.
Contoh,
Saya pernah mendapat email daripada Maybank2u yg bertajuk
'Maybank2u: Update your account profile'
bila dilihat siapa pengirimnya, rupa-rupanya ialah maybank2u.biz

8. jangan terlalu takut berurusan secara online dan jangan juga terlalu
berani. Orang kata, 'sedang-sedang sudey..."

Ingin diingatkan yang sy ni bkn la pakar sgt...tp xslh rsanya klu2 kita berkongsi tips...
pendek kata walaupun panjang x kata...Selamat Maju Junction...